Kumpulan Ey-Ris yang mewakili Majlis Daerah Tanjong Malim telah membentangkan produk inovasi yang dinamakan 'C-Dai' iaitu alat bantuan untuk menggantung dan menurunkan banting promosi atau bendera di peringkat akhir Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT tahun 2024-2025 yang berlangsung pada 24 April 2025 di Dewan Kenanga, Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Pada masa yang sama, kumpulan ini turut menyertai pameran reruai produk inovasi bersama 29 kumpulan daripada pelbagai PBT seluruh Malaysia yang layak bertanding di peringkat ini.
Pada Majlis Makan Malam Aidilfitri MALA 2025 dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Inovasi MALA 3.0 bagi tahun 2024-2025 yang diadakan pada 25 April 2025, Majlis Daerah Tanjong Malim telah diumumkan sebagai pemenang dan berjaya membawa pulang RM20,000.00 dalam bentuk geran projek KPKT dan wang tunai MALA RM500.00, piala iringan serta sijil penyertaan. YBrs. Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim turut sama hadir dalam Majlis ini.
Tahniah dan syabas kepada Kumpulan Ey-Ris!