Mengapa cukai taksiran perlu dibayar sedangkan rumah saya tidak menerima sebarang perkhidmatan pengangkutan sampah, kemudahan laluan / jalan, penyediaan lampu, longkang, parit dan sebagainya oleh Majlis Daerah?
-Walaupun anda tidak menerima sebarang perkhidmatan dari Majlis Daerah seperti yang tersebut di atas, namun membayar cukai tetap menjadi tanggungjawab anda kerana kawasan anda telah diisytiharkan termasuk kawasan bercukai Majlis Daerah.