Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN LAMBAIAN KASIH MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

Rabu, 9 April 2025 - Majlis Daerah Tanjong Malim telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri dan Lambaian Kasih bertempat di Dewan Seri Tanjong MDTM.

Dalam masa yang sama juga MDTM turut mengadakan majlis perpisahan YBrs. Tuan Mohd Ikram bin Ahmad Yang Dipertua MDTM yang akan bertukar ke Bahagian Dewan Negeri dan MMK, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bermula pada 10 April 2025. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan serta keluarga.

Majlis ini dimulai dengan Ucapan Aluan oleh Tuan Setiausaha, Ucapan Tuan Yang Dipertua, Penyerahan Nota Serah Tugas oleh Tuan Yang Dipertua kepada Tuan Setiausaha, dan diikuti dengan persembahan video montaj perpisahan serta penyampaian cenderahati.

Majlis diakhiri dengan jamuan hari raya diiringi dengan persembahan Band MDTM.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 23/04/25 • Jumlah Pelawat : 21286959