Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KURSUS BAHASA INGGERIS KOMUNIKASI

Rabu, 28 Mei 2025 - Majlis Daerah Tanjong Malim telah mengadakan Kursus Bahasa Inggeris Komunikasi bertempat di Auditorium Seri Tanjong MDTM. Seramai 30 orang kakitangan MDTM telah terlibat yang mana turut disertai oleh Tuan Setiausaha MDTM, Encik Roslan bin Kamaruzaman, A.M.P.

MDTM telah menjemput penceramah dari Unit Bahasa Inggeris Akar, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI iaitu YBrs. Dr Mohd Ridhuan Ismail.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris di kalangan kakitangan, khususnya dalam urusan rasmi, penyediaan dokumen, serta interaksi profesional. Ia juga bertujuan untuk membina keyakinan diri ketika berucap, komunikasi dalam mesyuarat, serta komunikasi bersama orang awam dalam Bahasa Inggeris.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 06/06/25 • Jumlah Pelawat : 21286951