Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

Amaran

Gagal memadam sourcerer_php_d520271be0a594f691b1e5107a8418af

YDP MDTM RAI DETIK BERSEJARAH: DR SHAZREE IDZHAM TERIMA Ph.D IN MANAGEMENT DALAM ISTIADAT KONVOKESYEN KE-18 TAHUN 2025 UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS)

Kuala Kangsar, 6 Disember 2025 – Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM), Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, AMP mencipta detik bersejarah apabila beliau menerima Ijazah Ph.D In Management dalam Istiadat Konvokesyen Ke-18 Tahun 2025 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.

Penganugerahan ijazah tertinggi akademik itu disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al- Maghfur- Lah, Canselor USAS yang berkenan menyampaikan sijil kepada para graduan dalam istiadat konvokesyen yang penuh tertib dan berprestij.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB. Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, YB. Dato’ Seri Mohammad Zahir bin Abdul Khalid, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB. Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB. Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak serta YB. Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak yang bersama-sama menyaksikan sesi penganugerahan bagi graduan sidang pertama.

Turut hadir meraikan pencapaian tersebut ialah YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr Safry Kamal bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan Daerah Muallim, yang menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan Dr Shazree yang dianggap sebagai pencapaian membanggakan bagi Daerah Muallim dan Tanjong Malim.

Dr Shazree merupakan antara 5 orang graduan yang menerima penganugerahan tertinggi dalam bidang pengurusan pada sesi tersebut, seperti yang disenaraikan dalam dokumen rasmi konvokesyen universiti. Kejayaan ini bukan sahaja meningkatkan kredibiliti kepimpinan beliau, malah memberi inspirasi kepada warga MDTM dan masyarakat setempat.

Dalam kenyataannya, beliau menyifatkan pencapaian ini sebagai lambang komitmennya terhadap peningkatan ilmu dalam pentadbiran dan pengurusan strategik.

“Ilmu merupakan asas kepada tadbir urus yang lebih mantap. Saya berhasrat untuk menerapkan pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yanh diperoleh sepanjang penjalanan ilmiah ini dalam usaha memperkukuh pengurusan pentadbiran Kerajaan Tempatan serta mempertingkat mutu perkhidmatan kepada penduduk Tanjong Malim,” katanya.
Seluruh warga MDTM turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan tersebut, yang dilihat sebagai bukti keupayaan seorang pemimpin mengimbangi tanggungjawab pentadbiran dengan pencapaian akademik di peringkat tertinggi.

Penganugerahan Ph.D In Management ini mengukuhkan lagi reputasi Dr Shazree sebagai tokoh pentadbir yang berwibawa dan berwawasan, seiring aspirasi MDTM untuk membangunkan daerah secara progresif, inovatif dan mampan serta menuju ke arah perbandaran.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/05/26 • Jumlah Pelawat : 21287028