22/8/2026(Sabtu)- Tuan Yang Di Pertua bersama Pegawai Perancang Bandar,MDTM telah hadir ke program *Randuk For Lampam Volume 5,di Sahom Valley Resort, Kampar*. Kehadiran Tuan YDP ke program ini juga adalah bersempana *Peluncuran Hari Perancang Bandar (HBPS) Negeri Perak 2026 yang bakal dilaksanakan di Daerah Muallim pada November 2026.
Program Randuk dan Peluncuran HBPS 2026 ini telah dirasmikan oleh Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, YB. Tuan Mohd Azlan Helmi dan turut dihadiri oleh Orang Besar Jajahan Daerah Kampar, Pengarah PlanMalysia N.Perak, Yang DiPertua MDKampar,ketua-ketua jabatan Daerah Kampar dan peserta Randuk yang memeriahkan acara.
Tuan YDP,MDTM juga turut serta bagi sesi pelepasan ikan lampan sebagai simbolik kepada program dan dalam masa yang sama bagi menjaga ekosistem sungai.
Semoga Sambutan HBPS 2026 di Daerah Muallim menjadi platform kepada penduduk Muallim dalam sama-sama menyokong pembangunan mampan Di Muallim.