8 Disember 2025 (Isnin) - Dewan Bandaran Kampar – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menerima Sijil Penghargaan Anugerah Bandar Mampan 2025 sempena Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan.
Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap peranan pihak berkuasa tempatan dalam memacu pembangunan bandar secara mampan, terancang, berdaya huni, memperkukuh kelestarian persekitaran serta meningkatkan kesejahteraan komuniti bandar.
Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, kepada YBrs. Dr. Shazree Idzham Bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua MDTM, sebagai pengiktirafan atas komitmen dan usaha berterusan MDTM dalam melaksanakan pembangunan bandar yang lestari dan inklusif.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak; YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa; YBrs. Tuan Mohd Zairasyahli Shah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Perak; YBhg. Dato’ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak; serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.