Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN VERIFIKASI PELAKSANAAN KEMPEN TANDAS AWAM BERSIH DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2026 DI TANDAS AWAM TAMAN TASIK YDP, SLIM RIVER.

SLIM RIVER, 10 Ogos 2026 (Isnin) – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menerima Lawatan Verifikasi Pelaksanaan Kempen Kesihatan Persekitaran di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2026 oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertempat di Tandas Awam Taman Tasik YDP, Slim River, pada jam 10.00 pagi.

Lawatan verifikasi ini amat bermakna apabila Majlis Daerah Tanjong Malim telah disenarai pendek dalam kelompok 5 PBT terbaik daripada 14 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengambil bahagian dalam Pengurusan Kempen Tandas Awam Bersih Tahun 2026.

Delegasi JKT, KPKT bagi sesi lawatan verifikasi ini telah diwakili oleh 2 Penal Penilai, Encik Raja Mohd Rostum Raja Daud dan Encik Khairul Anuar bin Wahid. Turut hadir Bersama ialah Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM, Bersama Ketua Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Ketua Jabatan Kejuruteraan, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan dan Unit Landskap, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan dan Unit Korporat.

Pelaksanaan lawatan ini bertujuan menjalankan proses verifikasi yang merangkumi semakan data serta tinjauan ke lokaliti kempen, bagi menilai tahap pelaksanaan dan pengurusan kempen sebelum penentuan pemenang. Pemenang bagi kempen ini dijadualkan akan diumumkan sempena Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Tahun 2026 pada 13 September 2026.

Pencapaian MDTM sehingga berjaya berada dalam senarai pendek 5 PBT terbaik merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen berterusan Majlis dalam memastikan kemudahan tandas awam sentiasa berada pada tahap bersih, selesa, selamat dan kondusif untuk kegunaan masyarakat.

Majlis Daerah Tanjong Malim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT atas lawatan, penilaian serta pandangan yang diberikan. Semoga usaha ini terus memperkukuh budaya kebersihan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam demi kesejahteraan komuniti.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 24/08/26 • Jumlah Pelawat : 21287004