24 Januari 2026, Sabtu - Tinjauan laluan perjalanan Bas Perak Sejahtera telah dijalankan melibatkan cadangan laluan baharu dari Stesen Bas Tanjong Malim ke SMK Proton City serta laluan pulang dari SMK Proton City ke Stesen Bas Tanjong Malim.
Tinjauan ini telah disertai oleh Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) bersama Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan MDTM, En. Saiful Nizam bin Yamegun dan Ketua Jabatan Penguatkuasaan MDTM, En. Sarawanan Sokkiah.
Usaha ini bertujuan menambah baik sistem pengangkutan awam serta memudahkan akses perjalanan komuniti setempat.