Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

TAYANGAN SKRIN BESAR PELAWANAN AKHIR FIFA PIALA DUNIA 2026

Pada 20 Julai 2026 telah berlangsung Program Tayangan Skrin Besar sempena perlawanan akhir FIFA World Cup 2026 antara pasukan Argentina dan Sepanyol. Di kesempatan ini pihak Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Tanjong Malim yang telah hadir dan memberikan sokongan padu dalam menjayakan Program Tayangan Skrin Besar Sempena Perlawanan Akhir FIFA World Cup 2026.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila dianggarkan sekitar 1,500 orang pengunjung telah hadir membanjiri perkarangan Balai Lintang Tanjong Malim, sekali gus mewujudkan suasana yang begitu meriah, harmoni dan penuh semangat kesukanan.

Kehadiran serta semangat luar biasa yang dipamerkan bukan sahaja memeriahkan program, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB. Hajah Salina bt Samsudin Ahli Dewan Negeri Kawasan Behrang, Puan Siti Nurbaya bt Zambri Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim, Ahli -ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan dan warga kerja MDTM yang turut hadir dalam menjayakan program pada kali ini. Tidak lupa juga kepada rakan strategik IPD Muallim dalam memastikan kelancaran serta pemantauan keselamatan sepanjang program berlangsung.

Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kemeriahan penganjuran program kali ini. Akhir sekali jutaan ucapan terima kasih kepada semua warga Tanjong Malim yang datang memeriahkan program pada kali ini.

Semoga sokongan yang diberikan akan terus menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak program komuniti yang bermanfaat pada masa akan datang.

Terima kasih atas sokongan anda. Jumpa lagi di program MDTM yang akan datang!

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 29/07/26 • Jumlah Pelawat : 21287000