Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

TAKLIMAT & CABUTAN UNDI TAPAK BAZAR RAMADAN TAHUN 2025/1446H

27 Februari 2025 (Khamis) – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menganjurkan Taklimat & Cabutan Undi Tapak Bazar Ramadan bagi tahun 2025/1446H yang berlangsung di Dewan Sri Tanjong, MDTM.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua MDTM, YBrs. Tuan Mohd Ikram bin Ahmad. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan persediaan rapi oleh para peniaga sebelum memulakan perniagaan. Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa Kempen Bazar Ramadan Lestari 2025 akan terus diadakan. Sebanyak RM1,000 disediakan sebagai insentif dan galakan kepada peniaga yang berjaya menjalankan perniagaan dengan menitikberatkan penjagaan alam sekitar.

Program ini turut disertakan dengan sesi taklimat oleh Encik Safuan bin Baharuddin berkenaan Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO serta taklimat mengenai Pematuhan Peraturan dan Kempen Bazar Ramadan Lestari yang disampaikan oleh YM Puan Raja Jasmin Suhana binti Raja Zainal Abidin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MDTM.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran booth pameran daripada PERKESO, Kempen Minyak Masak Terpakai, Bank Islam, dan Agro Bank.

Proses pengundian tapak berjalan lancar dengan 374 tapak di tujuh lokasi disediakan untuk tahun ini. Sehingga kini, 341 tapak telah dipohon dan diisi oleh peniaga yang bakal menyertai Bazar Ramadan 2025/1446H. Selain itu, bagi menggalakkan penggunaan serta merancakkan kempen Tiada Beg Plastik, sebanyak 341 helai beg woven akan diedarkan hari ini kepada semua peniaga Bazar Ramadan. Pihak MDTM juga menyediakan kelengkapan seperti topi, pelapik meja, dan apron seragam kepada para peniaga sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menyokong perniagaan yang lebih tersusun dan profesional.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 23/04/25 • Jumlah Pelawat : 21286959