Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SKUAD IHSAN MADANI DAERAH MUALLIM HULUR BANTUAN PASCA BANJIR DI DAERAH LARUT, MATANG & SELAMA

27 Oktober 2025 (Isnin)– Skuad Ihsan Madani Daerah Muallim telah melaksanakan misi bantuan pasca bencana banjir di Daerah Larut, Matang & Selama sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap mangsa yang terjejas akibat bencana banjir kilat baru-baru ini.

Majlis pelepasan (Flag Off) pasukan bantuan telah diadakan pada jam 8.00 pagi di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Muallim dan disempurnakan oleh Pegawai Daerah Muallim, Tuan Mohd Sabli bin Bakri.

Misi bantuan ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM), serta RELA Daerah Muallim dengan kekuatan seramai 30 anggota keseluruhan yang diketuai oleh wakil setiap agensi terlibat.

Pasukan bantuan kemudiannya bergerak ke SMK Simpang salah satu lokasi yang terjejas teruk akibat banjir bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan kawasan sekolah.

Tuan Mohd Sabli bin Bakri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi terlibat atas semangat kesukarelawanan, komitmen, dan kerjasama padu dalam membantu mangsa bencana serta memulihkan kawasan yang terkesan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/05/26 • Jumlah Pelawat : 21287028