Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

Sesi Perbincangan Pop-Up Event Lorong Pekan @ Lorong Seni Muallim 2026 bersama Lorong Pekan Management

Tanjong Malim, 6 Januari 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menerima kunjungan daripada Lorong Pekan Management yang beribu pejabat di Alor Setar, Kedah bagi mengadakan sesi kick-off perbincangan berhubung cadangan penganjuran Pop-Up Event Lorong Pekan @ Lorong Seni Muallim 2026.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Yang Dipertua MDTM, Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, bersama Setiausaha MDTM, Tn. Roslan bin Kamaruzaman serta ketua-ketua jabatan MDTM yang terlibat.

Sesi perbincangan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan acara Pop-Up Event Lorong Pekan yang dijangka dapat mempromosikan Daerah Muallim sebagai destinasi pelancongan, di samping menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026. Penganjuran program ini juga dilihat berpotensi memberikan impak positif terhadap suasana bandar melalui pengisian aktiviti malam yang selamat dan mesra keluarga.

Delegasi Lorong Pekan Management telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Urusan, Puan Sakinah binti Said, yang turut membentangkan konsep dan hala tuju program berkenaan sebagai platform penglibatan komuniti, usahawan tempatan serta aktiviti seni dan budaya.

Majlis Daerah Tanjong Malim menyambut baik cadangan penganjuran program ini dan berharap kerjasama strategik yang dirancang dapat direalisasikan demi memperkasakan sektor pelancongan serta pembangunan sosioekonomi Daerah Muallim.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/05/26 • Jumlah Pelawat : 21287028