Telah berlangsung di Bilik Mesyuarat MDTM hari ini. Pertemuan penting ini dihadiri oleh Dr Shazree Idzham bin Haji Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua MDTM, Encik Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM, Ts. Dr Mohd Muzzammil bin Ismail, Head of Sustainable Development Technologies MIGHT serta Encik Faizal Ali, Chief Executive Officer Vectolabs Engineering Sdn Bhd.
Pertemuan ini menjadi platform penting dalam menyelaraskan hala tuju teknikal serta memperincikan strategi pelaksanaan bagi memastikan projek di bawah inisiatif Smart City Tech Roll-Out ini mencapai impak yang optimum.
Kerjasama erat ini membuktikan komitmen jitu MDTM dan MIGHT dalam memperkasakan infrastruktur digital demi kesejahteraan dan keselamatan warga Muallim.
Turut hadir Bersama perbincangan ini adalah Ts. Anusha Magendram, Senior Principal Analyst II, Sustainable Development and Technologies MIGHT, Dr. Nurul Hidayah Shabdin, Research Analyst MIGHT, Puan Balqis Manan, Project Director Vectolabs Engineering Sdn Bhd, Ketua Jabatan Kejuruteraan MDTM dan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan & Rekreasi MDTM.