TANJONG MALIM, 1 Julai 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Sesi Penyampaian Watikah Perlantikan Kenaikan Pangkat bertempat di Bilik Mesyuarat Yang Dipertua, Aras 1, Blok A, MDTM. Sesi yang bermula pada jam 8.00 pagi itu telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman. Turut hadir ialah Setiausaha MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman, serta pegawai-pegawai yang terlibat.
Majlis ini diadakan bagi menyampaikan watikah perlantikan kepada kakitangan MDTM yang telah dinaikkan pangkat sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, prestasi kerja dan sumbangan mereka dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan Majlis. MDTM merakamkan ucapan tahniah kepada semua pegawai yang menerima kenaikan pangkat dan berharap amanah baharu ini menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu kerja serta budaya perkhidmatan yang lebih cemerlang.