TANJONG MALIM, 24 Jun 2026 – Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama Majlis Daerah Tanjong Malim telah menganjurkan Program Ukhuwah Silaturahim MDTM Sempena Menyambut Awal Muharram 1448H. Program ini bermula dengan sesi memasak secara bergotong royong seawal jam 7.30 pagi dan seterusnya jamuan makan pada jam 12.00 tengah hari, bertempat di khemah bersebelahan Dewan Seri Tanjong, MDTM.
Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja MDTM bersempena ketibaan tahun baharu Islam 1448H. Majlis ini diharap dapat menjadi wadah memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan nilai muafakat serta meningkatkan semangat kekeluargaan dalam organisasi.