Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM SIHAT BERSAMA COACH SHIDI: FIT & FRESH 2026

Program Sihat Bersama Coach Shidi: Fit & Fresh 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Mei 2026 bertempat di Perkarangan Lobi Blok A, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Program ini dianjurkan sebagai usaha menggalakkan warga kerja dan masyarakat membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan yang santai, bertenaga dan menyeronokkan.

Para peserta telah menyertai sesi senaman bersama Coach Shidi dengan penuh semangat dan komitmen. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana yang ceria dan positif. Penganjuran program ini diharap dapat terus menyemarakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/05/26 • Jumlah Pelawat : 21287028