SLIM VILLAGE, 27 Jun – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menganjurkan Program Kemampanan Komuniti Bandar: Fiesta Komuniti Sejahtera 2026 pada 27 Jun 2026 di Dataran Amanjaya, Slim Village. Program yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang ini bertujuan memupuk semangat perpaduan, menggalakkan gaya hidup sihat serta memelihara warisan budaya dalam kalangan masyarakat. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program, antaranya Brisk Walk Rakyat Sejahtera 2 Kilometer, Pertandingan Kuih Tradisional dan Pertandingan Sukan Tradisional, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat serta pengunjung sekitar Daerah Muallim.
Program ini turut diserikan dengan penyertaan pelbagai agensi dan rakan strategik seperti Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, IPD Muallim, Pejabat Pendidikan Daerah Muallim, Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, Tourism Muallim, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (UPSI), COMBI Daerah Muallim, Pesona Adami dan BOP Sopan Seni Mural Komuniti, dengan kerjasama KRT dan JPKK Kampung Sawa/Panderas. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen MDTM dalam memperkukuh kerjasama antara agensi dan komuniti ke arah melahirkan masyarakat yang lebih sejahtera, aktif dan mampan.