21 MAC 2025, Jumaat - MDTM telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2025 dan seterusnya Majlis Berbuka Puasa bagi tahun 2025. Program ini telah dimulakan dengan Lafaz Ikrar Akta Rahsia Rasmi dan Dasar Keselamatan ICT serta ucapan oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM.
Turut hadir bersama ialah Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, Ahli-Ahli Majlis MDTM, Ketua-Ketua Jabatan MDTM serta Kakitangan MDTM.