Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Amazing Approach Development Sdn. Bhd. bagi membincangkan status terkini projek pembangunan. Perbincangan ini bertujuan meneliti perkembangan semasa projek, mengenal pasti isu-isu yang berbangkit serta membincangkan tindakan susulan bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan selaras dengan keperluan pihak berkaitan. Majlis Daerah Tanjong Malim komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam memastikan pembangunan di daerah ini berjalan dengan lancar demi kepentingan masyarakat.