Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN LARANGAN PENGGUNAAN PLASTIK JINJIT SEKALI GUNA MELALUI PENEKANAN AMALAN 5R

31 Dis 2025 – Gema Malam Tahun Baru Muallim 2026 Dan Kempen Kesedaran Larangan Penggunaan Beg Plastik Jinjit Sekali Guna Melalui Penekanan' 5R telah berlangsung di perkarangan MDTM (tapak Malam Minggu Muallim).

Program telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Behrang, Yang Berhormat Puan Hajah Salina binti Samsudin, P.M.P

Kempen ini menekankan kepentingan penggunaan beg jinjit yang boleh dikitar semula selain mengurangkan pengeluaran beg jenis plastik sekali guna yang mengambil masa lama untuk penguraian.

Bagi menyokong kempen ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan . Antaranya adalah Pertandingan Reka Cipta Membuat Video Pendek, Poster Digital dan Reka Cipta Barangan Rumah bertemakan Larangan Penggunaan Plastik Jinjit Dengan Penekanan Amalan 5R. Selain itu MDTM juga memberi perkhidmatan pendidikan kesihatan dan pameran kepada institusi pendidikan seperti di sekolah dan peringkat pengajian tinggi.

Diharapkan dengan pelaksanaan kempen ini Muallim menjadi bandar yang lebih lestari dengan pengurangan penggunaan beg plastik.

JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR DAN KESIHATAN MDTM

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/05/26 • Jumlah Pelawat : 21287028