Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

OPERASI PEMATUHAN SYARAT AKTIVITI PERNIAGAAN PASAR MALAM/ PENJAJA 2026

24 Jan 2026 (Sabtu) -Satu
lawatan tapak dan operasi pematuhan syarat lesen Pasar Malam Tanjong Malim telah dijalankan bersama Tn. Yang Dipertua MDTM Dr Shazree Idzham bin Haji Wahab Abdul Rahman, A.M.P dan Ahli Majlis JK Kebersihan dan Keindahan MDTM .

Turut hadir bersama adalah Setiausaha MDTM En. Roslan bin Kamaruzaman ,A.M.P Jabatan Penguatkuasaan Dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MDTM.

Lawatan ini bertujuan untuk memastikan peniaga pasar malam mematuhi semua syarat- syarat lesen perniagaan seperti mana yang telah ditetapkan.

Semua peniaga adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi syarat pelesenan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan keperluan Undang- Undang Kecil Penjaja ( MDTM) (Pindaan) 2011 Dan Undang- Undang Kecil Pengendali Makanan ( MDTM) 1983 sentiasa dipatuhi.

JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR DAN KESIHATAN
MDTM

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/05/26 • Jumlah Pelawat : 21287028