IPOH, 26 Januari 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menerima Sijil Penghargaan Amalan Tatakelola Cemerlang daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak sempena Konvensyen Integriti & Antirasuah Perak Sejahtera Tahun 2026 (KIAPS 2026) dan Majlis Peluncuran Program Keep Malaysia Clean (KMC) peringkat Negeri Perak bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Majlis ini diselitkan dengan bacaan Ikrar Integriti, diikuti ucapan aluan Pengarah SPRM Negeri Perak serta ucaptama YAB Menteri Besar Perak, sebelum sesi penyampaian sijil penghargaan.
MDTM menerima sijil berkenaan bagi tempoh Tahun 2024/2025 sebagai pengiktirafan terhadap pelaksanaan amalan tatakelola yang telus, berintegriti dan bebas rasuah.
Program turut disusuli dengan Kapsul Integriti dan Antirasuah Perak Sejahtera serta Bicara Integriti & Antirasuah, yang menekankan pemerkasaan budaya integriti dalam perkhidmatan awam.