MDTM MENERIMA PENGIKTIRAFAN SMART CITY- EARLY ADOPTER SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2026
4 November 2026- Majlis Daerah Tanjong Malim telah menerima pengiktirafan Smart City- Early Adopter (Tahap 1) bersempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia 2026 bertempat di Dewan Sivik,MBPJ, Petaling Jaya.
Anugerah Penarafan Bandar Pintar (Smart City Rating) 2026 telah disampaikan oleh YB. Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Tuan Dr Yang DiPertua MDTM sendiri telah menerima plak dan sijil pengiktirafan tersebut.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian bersama yang mencerminkan komitmen, sokongan dan kerjasama semua pihak bekerja dalam satu pasukan dalam memacu transformasi pembangunan Daerah Muallim.
Di harap pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih progresif dalam menjadikan Muallim sebuah daerah yang pintar, mampan, sejahtera dan berdaya saing. Ini bukan sekadar kejayaan MDTM, tetapi melibatkan semua pihak termasuklah agensi-agensi kerajaan, swasta dan warga Daerah Muallim dalam sama-sama membantu menjayakan Inisiatif Bandar Pintar di Daerah Muallim.
Terima kasih atas sokongan dan komitmen semua. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja MDTM atas pencapaian yang membanggakan ini!






