PUTRAJAYA, 3 November 2025 (Isnin) – Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, telah menyampaikan Surat Pemangkuan secara Khas Untuk Penyandang dan Surat Penempatan kepada 16 orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik dari Jabatan/Bahagian di KPKT melibatkan Gred M10 dan Gred M12 dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada hari ini.
Majlis ini diadakan sebagai suntikan semangat kepada pegawai-pegawai berkenaan agar terus berusaha mencipta kecemerlangan, memperkukuh budaya kerja berintegriti serta menzahirkan komitmen tinggi dalam mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Semoga amanah yang diberikan menjadi dorongan untuk terus berbakti dan menjulang kecemerlangan KPKT.