TANJONG MALIM, 14 Oktober 2025 (Selasa) – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah meneruskan Lawatan Turun Padang Zon A11 di kawasan Kota Malim Prima dan Taman Sentosa bagi meninjau isu dan keperluan semasa komuniti setempat. Lawatan bermula pada jam 10.00 pagi diketuai oleh Area Officer Zon A11, Clr. Roslee bin Mat Yusof bersama Pegawai Penyelaras Zon A11.
Turut hadir ialah YBrs. Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua MDTM, YBrs. Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, wakil Pejabat Daerah & Tanah Muallim, wakil Puncak Emas Infra Sdn. Bhd., serta Ketua-ketua Jabatan MDTM.
Program ini menjadi platform penting bagi MDTM meninjau isu penyelenggaraan, kebersihan, serta kemudahan awam agar tindakan pembaikan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk di kawasan berkenaan.