Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan satu Lawatan Turun Padang (TURPA) bersama Area Officer Zon B9 pada hari Rabu, 21 Januari 2026, bermula jam 2.30 petang bertempat di Taman Slim Jaya, Slim Village.Tempat berkumpul bagi lawatan ini adalah di Dataran Amanjaya, Slim Village sebelum pergerakan ke lokasi-lokasi yang dikenal pasti.
Lawatan ini telah disertai oleh Clr Abd Razak bin Ahamad, Ahli Majlis Zon B9 selaku Area Officer kawasan, Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, Clr K. Mathavan Ahli Majlis MDTM, Pengurus Puncak Emas Infra Sdn Bhd, Pegawai Penyelaras Zon B9, Ketua-ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai MDTM.
Lawatan Turun Padang (TURPA) ini diadakan bertujuan untuk meninjau keadaan semasa kawasan, mengenal pasti permasalahan serta aduan penduduk, khususnya berkaitan aspek infrastruktur, penyelenggaraan, kebersihan dan kemudahan awam.
Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan penyelarasan antara Ahli Majlis selaku Area Officer kawasan, jabatan-jabatan berkaitan serta pihak kontraktor, agar tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh demi kesejahteraan komuniti setempat.
MDTM komited dalam memastikan perkhidmatan yang cekap dan responsif terus diberikan kepada penduduk melalui pendekatan turun padang secara berterusan.