Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN LAPANGAN ZON A10, TAMAN BERNAM PARK

TANJONG MALIM, 22 Jun 2026 (Isnin) – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Lawatan Lapangan Zon A10 di sekitar kawasan Taman Bernam Park bagi meninjau isu serta keperluan semasa penduduk setempat. Lawatan yang bermula pada jam 9.00 pagi itu diketuai oleh Pegawai Kawasan Zon A10, Clr. Mohanaravi a/l Ramasamy bersama Pegawai Penyelaras Zon A10.

Turut hadir ialah Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM; wakil Pejabat Daerah dan Tanah; wakil Gold Summit Infra Sdn. Bhd.; serta ketua-ketua jabatan MDTM. Program ini memberi peluang kepada pihak MDTM untuk menilai situasi di lapangan secara langsung, mengenal pasti isu berkaitan penyelenggaraan, kebersihan dan infrastruktur awam, sekali gus membolehkan tindakan penambahbaikan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan segera.

 
 
 

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 23/06/26 • Jumlah Pelawat : 21286990