Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KURSUS TATACARA TUNTUTAN ELAUN, PERJALANAN DAN KEMUDAHAN PERUBATAN PENJAWAT AWAM

TANJONG MALIM, 22 Januari 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menganjurkan Kursus Tatacara Tuntutan Elaun Lebih Masa, Tuntutan Perjalanan dan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam pada 21 dan 22 Januari 2026 bertempat di Auditorium Seri Tanjung, Majlis Daerah Tanjong Malim, dengan penyertaan seramai 42 orang peserta.

Kursus ini telah disampaikan oleh En. Hafiz Hasbullah bin Ismail dari Pejabat Kewangan Negeri Perak, yang memberi penerangan berkaitan tatacara tuntutan elaun lebih masa, prosedur tuntutan perjalanan rasmi serta kemudahan perubatan yang layak diterima oleh penjawat awam selaras dengan peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman penjawat awam bagi mengelakkan kesilapan serta penolakan tuntutan akibat ketidakpatuhan peraturan, di samping memupuk nilai integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan tuntutan kewangan jabatan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/05/26 • Jumlah Pelawat : 21287028