Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI KERAJAAN (MINIT MESYUARAT, MEMO, SURAT RASMI DAN MINIT BEBAS)

Tanjong Malim, 11 November 2025 (Selasa) – Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan merangkumi penulisan minit mesyuarat, memo, surat rasmi dan minit bebas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Wawasan, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Seramai 20 orang peserta terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan MDTM telah menyertai kursus ini.

Kursus ini dianjurkan oleh Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (i-KPKT) dengan tujuan memberi pengetahuan dan pemahaman mengenai penggunaan format minit mesyuarat yang betul berdasarkan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 2 Tahun 2018: MyMesyuarat – Ekosistem Pengurusan Mesyuarat Era Digital, serta rujukan rasmi lain yang berkaitan.

Selain itu, kursus ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penulisan dokumen rasmi kerajaan seperti minit mesyuarat, kertas kerja dan laporan dengan menekankan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu yang tepat dan mengikut standard perkhidmatan awam.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan dan profesionalisme kakitangan MDTM dalam pengurusan serta penyediaan dokumen rasmi kerajaan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/05/26 • Jumlah Pelawat : 21287028