Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KURSUS PEMASARAN DIGITAL PELANCONGAN SIRI 2/2026 24 JUN 2026 HOTEL ANGSOKA, TELUK INTAN

Tourism Perak telah menganjurkan Kursus Pemasaran Digital Pelancongan Siri 2/2026 di Emerald Hall, Hotel Angsoka, Teluk Intan yang menghimpunkan penggiat pelancongan daripada daerah Teluk Intan, Tapah dan Tanjong Malim bagi memperkukuh kemahiran pemasaran digital dalam kalangan pemain industri pelancongan tempatan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Suhaimi Bin Abu Hassan Saari, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak mewakili Dato’ Mohamed Kamil bin Dato’ Shafie, Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak. Turut hadir ialah Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa sektor pelancongan melalui pendekatan digital yang lebih berkesan dan berdaya saing.
 
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi pemasaran digital yang berkesan, merangkumi pemahaman audiens dan pemilihan platform yang sesuai, penghasilan video pendek bagi tujuan promosi pelancongan, pembangunan kandungan kreatif serta strategi penciptaan kandungan berimpak tinggi yang mampu meningkatkan capaian dan penglibatan pengguna di media sosial. Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkasakan pengusaha serta pemain industri pelancongan tempatan dalam menghasilkan kandungan digital yang lebih kreatif, menarik dan berkesan, sekali gus menyokong usaha mempromosikan Negeri Perak sebagai destinasi pelancongan utama negara selaras dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/06/26 • Jumlah Pelawat : 21286995