Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KURSUS LATIHAN PENGGUNA SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE

13 Mei 2026 (Rabu) — Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Latihan Pengguna Sistem OSC 3.0 Plus Online anjuran Unit Pusat Setempat (OSC), Majlis Daerah Tanjong Malim, bertempat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan berkaitan penggunaan Sistem OSC 3.0 Plus Online bagi memastikan proses permohonan, semakan dan penyelarasan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, sistematik dan efisien. Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada perunding, jabatan teknikal luaran dan dalaman serta jemputan khas daripada Unit OSC Majlis Daerah Tapah (MDT) telah menyertai program ini. Turut hadir dalam program ini ialah *Tuan Ar. Mohammad Zaid bin Saad, Pengarah Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan, serta Tuan Roslan bin Kamaruzaman, A.M.P., Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim.*
 
Pelbagai sesi penerangan, latihan amali dan perkongsian telah diadakan bagi membantu peserta memahami penggunaan sistem dengan lebih berkesan, khususnya dalam memperkukuh pelaksanaan urusan permohonan pembangunan secara dalam talian. Semoga program seperti ini dapat meningkatkan kefahaman, memperkukuh kerjasama antara semua pihak serta memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan pembangunan di peringkat pihak berkuasa tempatan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/05/26 • Jumlah Pelawat : 21287028