Lawatan ke Kampung Lawas Maspati membuktikan bahawa bandar pintar bukan hanya tentang bangunan moden atau teknologi tinggi.
Kampung ini dipelihara dan dibangunkan oleh komuniti setempat dengan mengekalkan nilai sejarah, identiti budaya dan kehidupan komuniti.
Melalui penglibatan aktif penduduk, kawasan ini berjaya diangkat sebagai kampung warisan yang hidup, berfungsi dan menjana ekonomi setempat.
Ini contoh Smart Living dan Smart People apabila komuniti menjadi rakan pembangunan, bukan sekadar penerima dasar.