Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) BAGI KAJIAN SEMULA PENAMBAHBAIKAN INISIATIF MUALLIM SPEED-LANE (M-SL): PROJEK PEMBINAAN PANTAS, MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM (MDTM)

15 – 17 Disember 2025 (Isnin - Rabu) - Royale Chulan Penang, Georgetown. Focus Group Discussion (FGD) ini telah dianjurkan bagi mengumpul maklumat dan mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikan dalam prosedur sedia ada, khususnya dalam usaha menyelaras keperluan merentas agensi serta melaksanakan prosedur yang lebih sistematik. Inisiatif ini selaras dengan pertumbuhan pesat pembangunan di Daerah Muallim, yang memerlukan kerjasama erat antara Agensi Teknikal Dalaman MDTM (ATD), Agensi Teknikal Luaran (ATL) yang berkaitan dan Ahli Majlis Jawatankuasa Unit Pusat Sehenti (OSC) MDTM, terutamanya bagi mempercepatkan tempoh kelulusan permohonan pemajuan di kawasan pentadbiran MDTM.

FGD ini telah dihadiri oleh pegawai daripada pelbagai agensi, termasuk PLANMalaysia Perak, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Perak, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Perak, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR), Lembaga Air Perak (LAP), Indah Water Konsortium (IWK), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pejabat Daerah dan Tanah Muallim (PDTMu), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah, serta JKR Daerah Muallim. Turut hadir untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran adalah TPr Haji Hamzah bin Ab Halim serta pegawai dari Unit My Mudah Majlis Perbandaran Kulim, iaitu Encik Khairil b. Ab Jalil, Encik Mohd Faizul b. Abd Rahman, dan Encik Badrolhisham b. Osman.

Diharapkan FGD ini akan menjadi satu langkah proaktif dalam mempercepatkan proses permohonan pembangunan melalui pengurangan birokrasi dan pengoptimuman prosedur penyelarasan antara agensi. Inisiatif ini juga dijangka dapat meningkatkan keyakinan pelabur serta menyokong pembangunan ekonomi di Daerah Muallim secara lebih terancang, sistematik, dan berkesan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/05/26 • Jumlah Pelawat : 21287028