Cawangan baru diwujudkan di bawah kawalan Batang Padang Sanitary Board yang dikenali sebagai Tanjong Malim Sanitary Board (TMSB) bertempat di Jalan Raja Itam ,Tanjong Malim.
TMSB dirombak semula menjadi cawangan-cawangan kecil iaitu Majlis Bandaran Tanjong Malim, Lembaga Bandaran Trolak dan Majlis Tempatan (Slim River,Slim Village,Behrang Stesyen & Behrang Ulu).
Penguasa-penguasa Tempatan yang terdiri dari Tanjong Malim,Trolak, Slim River,Slim Village, Behrang Stesyen dan Behrang Ulu disusun semula oleh Kerajaan Negeri dan setiap satu diberi nama lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT).
Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi menyatukan semua LPKT di seluruh negara.
Majlis Daerah Tanjong Malim telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan kawasan Majlis adalah seluas 10,410 hektar dan jumlah penduduk dianggarkan 33,393 orang.
Pada bulan ApriI,Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim telah berpindah dan beroperasi di Bandar Behrang 2020.
Memacu Transformasi Ke Arah Majlis Perbandaran Yang Mampan Menjelang 2031.
Memantapkan Pengurusan Perbandaran Melalui Perkhidmatan Yang Adil Dan Saksama Dalam Melaksanakan Pembangunan Demi Kesejahteraan Masyarakat.
Merancang dan menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti dan berdaya saing ke arah persekitaran yang kondusif
Mengurus, memperkukuh dan memantapkan sumber hasil dalam mengoptimumkan pengurusan kewangan
Melaksana dan mengawal pembangunan mengikut polisi dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768