Sabtu, 12 April 2025 - Majlis Daerah Tanjong Malim(MDTM) dengan kerjasama Tenaga Pengajar Kursus Kecergasan dan Kesejahteraan Hidup,Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program Muallim Hari Tanpa Kenderaan di perkarangan Dataran RM Idris (Pusat Bandar Tanjong Malim).
Muallim Hari Tanpa Kenderaan ini bertemakan 'Jom Fit Muallim'. Setiausaha MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman, turut menyampaikan kata-kata aluan bagi pembuka program Hari Tanpa Kenderaan Siri.1 tahun 2025 ini. Turut hadir En.Ahmad Arif Audi bin Muhamad,Wakil daripada Pusat Ko-Kurikulum UPSI,Ahli Majlis & Ketua-Ketua Jabatan MDTM dan komuniti Muallim.
Pelbagai pengisian/aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung, antaranya Senamrobik & Cardio Kickboxing Tabata, Fitness Challenge (Push Up, Battle Rope, Squad Sit up), Fun Fitness Games (Ohsom & Jump, Run Tic-Tac-Toe, Focus & Caught, Stork Stand), Sport Massage, Suaian Fizikal, Pemeriksaaan Komposisi Badan, Pameran, Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah.