25 MAC 2025 (SELASA) - Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESAN) MDTM dengan kerjasama MDTM telah mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk dan Edaran Bubur Lambuk kepada semua kakitangan MDTM.
Program ini telah dilaksanakan secara bergotong-royong bersama ahli-ahli KESAN yang juga merupakan kakitangan MDTM.
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi mengeratkan silaturahim, berkongsi rezeki serta meningkatkan rasa bersyukur sesama ahli.
Program ini turut diselitkan dengan penyampaian bubur lambuk oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM kepada kakitangan melalui Ketua-Ketua Jabatan/Unit MDTM atau wakil yang hadir untuk diedarkan kepada semua kakitangan.