Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) 2025 – Komuniti Sihat Muallim Sejahtera

17 Mei 2025 – Sabtu. Telah berlangsungnya Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) pertama bagi tahun 2025 yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Program yang telah dihadiri lebih 800 pengunjung ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Bin Hj Ahmad DPMP, AMK, PPT.,Orang Besar Jajahan Daerah Muallim.

 Ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua MDTM, Tuan.Shazree Idzham Bin Wahab Abdul Rahman, turut hadir bersama Tn Setiausaha MDTM, Encik Roslan Bin Kamaruzzaman, Ketua dan Wakil-Wakil Agensi Kerajaan, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan dan warga kerja Majlis Daerah Tanjong Malim.

 Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan seperti Larian Komuniti, Pertandingan Gusti Lengan, Aktiviti Sukaneka, Simulasi Clever Speda, Cabutan Bertuah dan juga pameran-pameran yang hadir daripada Jabatan Kesihatan Daerah Muallim, MySalam, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Muallim (AADK).

 Yang Berbahagia YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Bin Hj Ahmad DPMP, AMK, PPT Orang Besar Jajahan Daerah merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Daerah Tanjong Malim yang berusaha melaksanakan program-program ke arah kesejahteraan komuniti dan meningkatkan sosio ekonomi di Daerah Muallim.

 

 

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 06/06/25 • Jumlah Pelawat : 21286951