Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MEMPERKASA AKTIVITI KITAR SEMULA DI KALANGAN WARGA KERJA MDTM

18/04/2025 (Jumaat) - Pihak Berkuasa Tempatan berperanan sebagai salah satu agensi yang memperkasa aktiviti kitar semula. Sebelum ini pelbagai aktiviti berkaitan dengan memperkasa kitar semula dilaksanakan di pelbagai lapisan masyarakat. Kali ini pihak pengurusan tertinggi Majlis Daerah Tanjong Malim bersetuju untuk melaksanakan aktiviti tersebut di kalangan warga kerja MDTM. Majlis pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Tuan Setiausaha MDTM, Encik Roslan bin Kamaruzaman. Turut hadir adalah Ketua Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kawalan Bangunan, Ketua Jabatan Perbendaharaan, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan, Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Ketua Unit Undang- Undang, Ketua Unit Audit Dalam dan Ketua Unit Pusat Sehenti serta seluruh warga kerja MDTM.

Taklimat berkenaan pelaksanaan program telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Puan Raja Jasmin Suhana binti Raja Zainal Abidin. Antara objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman kepada warga kerja mengenai jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula, dapat mengurangkan sisa pepejal yang dihasilkan dan dapat mewujudkan sistem pengumpulan dan penghantaran bahan kitar semula yang sistematik di premis MDTM.

Pelaksanaan program ini termasuk pengumpulan tiga jenis barang kitar semula iaitu plastik, kertas dan aluminium. Seterusnya adalah pengumpulan sisa e-waste yang melibatkan apa-apa jenis barang elektrik atau elektronik yang sudah rosak/lusuh. Selain itu, sebagai tambahan terdapat juga pengumpulan minyak masak terpakai. Bagi menggalakkan lagi sambutan oleh warga kerja MDTM, pertandingan akan dilaksanakan untuk 2 kategori iaitu Kategori pertama Pemenang Penghargaan Pengurusan Barang Kitar Semula Secara Lestari (Kategori Jabatan) dan Pemenang Penghargaan Pembuangan Minyak Masak Terpakai Secara Lestari (Kategori Individu). Pemenang pertandingan ini akan dilaksanakan sebanyak 4 kali pusingan sehingga hujung tahun 2025. Manakala untuk pengumpulan sisa e-waste pihak Majlis akan membayar nilai barangan elektrik/elektronik mengikut kualiti dan keadaan barang tersebut.

Pihak MDTM berharap agar pelaksanaan program seperti ini dapat menarik perhatian Agensi Kerajaan di kawasan setempat agar sama-sama dapat meningkatkan kesedaran ke atas kepentingan kitar semula di kalangan warga kerja khususnya di Daerah Muallim.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 23/04/25 • Jumlah Pelawat : 21286943