Jumaat, 18 April 2025 - Majlis Daerah Tanjong Malim telah mengadakan taklimat tersebut bermula jam 3.00 petang bertempat di Auditorium Sri Tanjung MDTM. Taklimat yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan/Unit serta kakitangan MDTM ini telah disampaikan oleh Puan Syahida binti Mohd Zin, Penolong Pegawai Tadbir Kanan MDTM. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua kakitangan berkenaan arahan pelaksanaan EPSA dan pembentangan video Malaysia Madani: An Overview oleh pihak INTAN.