2. TINDAKAN JIKA TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN AM
Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976,anda akan dikenakan tindakan seperti berikut:
Notis E ( Notis Supaya Menjelaskan Tunggakan kadar,Seksyen 148,Akta Kerajaan Tempatan 1976 ) akan dikeluarkan. Anda akan dikehendaki menjelaskan bayaran dalam masa 15 hari dari tarikh notis dipos/diserahkan.Jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh yang dinyatakan , maun tunggakan yang perlu dibayar bersama kos proses akan dituntut di bawah kuasa-kuasa yang terkandung dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Kadar Bayaran Notis E adalah seperti berikut:
AMAUN TUNGGAKAN | BAYARAN NOTIS |
Sehingga RM 200.00 | RM 20.00 |
Melebihi RM 200.00 | RM 30.00 |
Jika masih gagal menjelaskan tunggakan,waran tahanan akan dikeluarkan. Waran ini membolehkan
Pegawai MDTM yang diberi kuasa :-
- Merampas ( mensita ) harta alih yang ada di dalam bangunan
- Menutup bangunan daripada menjalankan operasinya ( Seksyen 148 )
- Melelong bangunan/tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi ( Seksyen 151 )
Kos tahanan yang dikenakan adalah seperti berikut:
AMAUN TUNGGAKAN | BAYARAN WARAN |
Sehingga RM 1,000.00 | RM 150.00 |
Melebihi RM 1,000.00 | RM 300.00 |
Menahan proses kelulusan dan perkhidmatan MDTM bagi pegangan yang mempunyai tunggakan seperti berikut:
- Kelulusan pelan bangunan.
- Kelulusan pelan susun atur.
- Kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut.
- Kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan.