Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan seperti berikut :-
Bil. | Jawatan | Kekosongan | Taraf Jawatan |
1. | Pegawai Tadbir Gred N41 (Kejuruteraan) | 1 | Tetap |
2. | Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29 | 1 | Tetap/Kontrak |
3. | Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 | 1 | Tetap |
4. | Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 | 1 | Kontrak |
Maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan yang dinyatakan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web Majlis Daerah Tanjong Malim (www.mdtm.gov.my)
Permohonan jawatan hendaklah dipohon secara atas talian (online) melalui sistem permohonan jawatan kosong di https://digital.perak.my/perjawatan/. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen sampingan yang telah disahkan kepada:
Yang Dipertua
Majlis Daerah Tanjong Malim Peti Surat 5935900 Tanjong Malim
Tarikh tutup permohonan : 8 November 2021 (Isnin)