MENU
 

logo perak  logo mdtm

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN ONE OFF RM 300.00 KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL BERLESEN OLEH KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Permohonan ini hanya terbuka kepada senarai penerima yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Daerah Tanjong Malim yang beralamat kediaman berdaftar dalam lesen penjaja di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sahaja dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti syarat berikut :


1. Hanya pemohon yang terdapat di dalam Senarai Penerima Bantuan One Off RM 300.00 sahaja yang layak membuat tuntutan.
2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
3. Salinan Lesen atau Permit Perniagaan berserta No Telefon yang terkini.
4. Salinan Buku Akaun atau Pengesahan Maklumat Akaun Bank oleh institusi kewangan yang berdaftar. (Akaun Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan yang seumpamanya adalah tidak dibenarkan)
5. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui kaedah seperti berikut:
i. Penghantaran dokumen lengkap di Kaunter Bahagian Pelesenan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan Am, Majlis Daerah Tanjong Malim
ii. Penghantaran dokumen lengkap melalui e-mel lesen.mdtm@gmail.com
iii. Penghantaran dokumen lengkap melalui aplikasi WhatsApp di talian +60192013119
6. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh senarai dipamerkan. Kegagalan membuat tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan bantuan tersebut ditarik balik.
7. Mana-mana pemohon yang telah mendapat bantuan Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) tidak layak untuk mendapatkan bantuan ini.

 

Sila rujuk pada pautan :

SENARAI PASAR MALAM / PASAR LAMBAK

SENARAI PENJAJA LUAR PASAR AWAM TANJONG MALIM

SENARAI PENJAJA STATIK / BERGERAK / FOOD TRUCK

SENARAI TAMBAHAN BANTUAN ONE OFF RM 300.00 LESEN PENJAJA TAHUN 2021

SENARAI TAMBAHAN BANTUAN ONE OFF RM 300.00 LESEN PASAR MALAM DAN LAMBAK TAHUN 2021