MENU
 

SUMBANGAN YB DATO' MAH HANG SOON KEPADA KAKITANGAN MDTM YANG TERKESAN KERANA DIJANGKITI VIRUS COVID-19

MASA : 11.00 pagi
TARIKH : 16 September 2021

16 September 2021 (Khamis) YB Dato' Mah Hang Soon telah memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit berjumlah RM5000.00 untuk kakitangan MDTM yang dijangkiti virus Covid-19 dan kakitangan yang dikuarantin sebagai kontak rapat covid-19.

YB Dato' Mah Hang Soon telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Tuan Faizal Nizam bin Md Nor, Yang Dipertua MDTM di perkarangan pejabat MDTM. Majlis turut dihadiri oleh Encik Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM.

Pihak Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Mah Hang Soon diatas sumbangan yang telah diberikan kepada pihak MDTM.

Pihak Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang telah memberi sumbangan kepada kakitangan MDTM yang dijangkiti Covid 19 dan yang dikuarantin antaranya adalah YB Aminuddin bin Zulkipli yang telah memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan YB Mohd Zaidi bin Aziz yang telah memberi sumbangan berbentuk barangan basah seperti ikan dan sayur-sayuran.

Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kakitangan MDTM yang terkesan.