MENU
 

09 JUN 2022 (KHAMIS) : SIRI LAWATAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM (TUAN MOHD IKRAM BIN AHMAD) KE PRODUK PELANCONGAN DAERAH MUALLIM

09 Jun 2022 (Khamis) : Siri Lawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim (Tuan Mohd Ikram bin Ahmad) Ke Produk Pelancongan Daerah Muallim

Fasa peralihan kepada endemik Covid-19 dilihat telah merancakkan kembali sektor pelancongan dan membina semula ekonomi negara, negeri mahupun daerah Muallim. Peranan Kerajaan Negeri yang memberi mandat kepada Pihak Berkuasa Tempatan termasuk Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) merupakan salah satu usaha membantu kepada pemerkasaan sektor pelancongan tempatan.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi gambaran jelas kepada pihak pengurusan tertinggi MDTM dan pemimpin tempatan berkaitan produk pelancongan yang terdapat di daerah Muallim yang boleh dibangun, diselenggara atau dinaiktaraf secara usahasama dengan agensi-agensi berkepentingan lain bagi memperkasa sektor pelancongan tempatan. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu semasa yang diutarakan oleh penggiat-penggiat industri pelancongan yang turut terlibat dalam siri lawatan tersebut.

Lawatan kali ini turut disertai oleh YB Tuan Aminuddin bin Zulkipli (ADUN Behrang), En. Mohamad Fitri bin Hassan (Pegawai Daerah Muallim), wakil pejabat Parlimen Tanjong Malim, wakil pejabat ADUN Slim, ahli-ahli majlis, ketua-ketua jabatan MDTM, Jabatan Pengairan Dan Saliran Kinta/Batang Padang-Cawangan Tapah, JAKOA Batang Padang & Muallim, Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan serta beberapa pihak berkepentingan lain.