MENU
 


Sesi Town Hall MDTM Bersama Penyewa Anjung Selera MDTM

7 Julai 2022 (Khamis) - Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan sesi town hall bersama penyewa Anjung Selera MDTM. Turut serta ahli-ahli majlis, pemaju Anjung Selera MDTM dan ketua-ketua jabatan MDTM. Sesi town hall ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan, maklumbalas, dan cadangan daripada penyewa Anjung Selera MDTM bagi menyelesaikan beberapa perkara yang dibangkitkan sebelum ini. Sesi Town Hall bermula pada jam 3:30 petang dengan ucapan ringkas, Yang Dipertua MDTM, Tuan Mohd. Ikram bin Ahmad.