MENU
 

Sesi Town Hall Majlis Daerah Tanjong Malim Bersama Kawasan Rukun Tetangga Taman Bernam, Tanjong Malim

Pada 23 Julai 2022, Sabtu - Satu sesi Town Hall Majlis Daerah Tanjong Malim bersama Kawasan Rukun Tetangga Taman Bernam (KRT Taman Bernam), Tanjong Malim telah diadakan dan dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim Ketua Polis Daerah dan penduduk Taman Bernam, Ahli Masjid dan ketua-ketua Jabatan MDTM. Sesi town hall ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan, maklumbalas, dan cadangan daripada penduduk bagi menyelesaikan beberapa perkara yang dibangkitkan sebelum ini.