MENU
 

PROGRAM JOM SIHAT DAN PERHIMPUNAN BULANAN MDTM BIL.3/2021

MASA : 8.00 PAGI
TARIKH : 19 NOVEMBER 2021 (JUMAAT)
TEMPAT : UJANA MUALLIM
 

Program Jom Sihat dan Perhimpunan Bulanan Bil.3/2021 yang dianjurkan MDTM dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KESAN) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MDTM telah diadakan di Ujana Muallim yang dirasmikan oleh Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM. 

Aktiviti-aktiviti dalam program ini termasuk Fun Run, Senamrobik bersama rakan strategik MDTM iaitu Absolute Wellness Muallim dan Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Kakitangan MDTM.

Program berlangsung dengan pematuhan SOP Covid-19 yang dikeluarkan oleh pihak MKN. MDTM sentiasa menggalakkan amalan budaya hidup sihat dikalangan kakitangan, dalam usaha melahirkan kakitangan yang cerdas dan kompeten.

#mdtm
#muallimpermataperak
#adventuremuallim