MENU
 


Program Ibadah Korban 1443H Anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan MDTM

13 Julai 2022 ( Rabu) - Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha masih dirasai seluruh negara dengan pengisian ibadah korban sebagai aktiviti utama. Mengambil keberkatan serta pada masa yang sama menginsafi pengertian sebenar di sebalik ibadah korban, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan MDTM (KESAN) telah menganjurkan Program Ibadah Korban 1443H.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi melibatkan 21 peserta korban yang terdiri daripada Ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim (KESAN) serta Ahli Majlis,Majlis Daerah Tanjong Malim. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan dalam aktiviti Ibadah Korban kali ini. Program berlangsung di perkarangan Majlis Daerah Tanjong Malim yang disertai seramai 60 sukarelawan yang terdiri daripada ahli-ahli KESAN dan juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanjong Malim.

Y.Bhg. Tuan Mohd Ikram bin Ahmad Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, telah menyempurnakan agihan daging korban tersebut kepada peserta korban, sebahagian kakitangan MDTM dan golongan asnaf di dalam kawasan Majlis. Turut hadir Encik Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha Majlis merangkap Pengerusi KESAN.