MENU
 

PERJUMPAAN MDTM BERSAMA SSI

20 Jun 2022 (Isnin)- Perjumpaan Yang Dipertua MDTM bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) membincangkan berkaitan potensi-potensi pembangunan tanah milik SSI dan projek pembangunan semasa yang diseliakan oleh SSI iaitu Bangunan Perumahan Penjawat Awam Daerah Muallim di Slim River dan Cadangan Membina Projek Dewan di Kg Kurnia, Slim River. Semoga pihak MDTM dan SSI dapat bekerjasama erat dalam merancakkan pembangunan Daerah Muallim.